Wednesday, 18 November 2009
GREY ANATOMI ku dah lost...waaaa!! ;;((
yang menghadap blog aiSyaLiciOus at 11/18/2009 06:04:00 pm 1 orang baik hati..
Thursday, 23 July 2009
<<.::BICARA HATI::.>>
Dan sebagai gantinyer..Tuhan memberikan seseorang yang Sya rase kan "inilah die"...Selame beberapa bulan mengenali dia, keserasian mule tercipta..sayang mule bercambah..rindu kian menggamit...Hati oh hati...Hanya hati berbicara ttg segalanya dan Sya mule digamit kebahagiaan yang kian menjalar dihati....Alhamdulillah....
Walaupun kekecewaan dan kesedihan masih bersisa tp dengan kehadiran dia yang sentiasa ada bila Sya perlukan amat Sya hargai dan terharu dengan keprihatinan yang dia dah tunjukkan..Sedikit sebanyak sume pasaan yang bersarang dihati lenyap..dan yang timbul hanyalah kegembiraan dan kebahagiaan...Alhamdulillah...itu yang Sya inginkan dalam meniti hari2 mendatang....Amin...
yang menghadap blog aiSyaLiciOus at 7/23/2009 06:02:00 pm 4 orang baik hati..
Sunday, 31 May 2009
Berakhir disini........='((
Salam..lame dah sya menyepi dari berblogging nie..actually sbb beberapa prekara yg wat kan sya senyap dari dunia blog nie..tp x bermaksud sya xjenguk2 ke blog yg bese sya jenguk..if ade kelapangan sya mmg akan bace entry2 terbaru rakan2 blogger yg len..juz nak post new entry 2 xder kelapangan..
Ok la back to the main point sbb sya wat entry baru nie..'JODOH PERTEMUAN AJAL MAUT SEMUA DITANGAN TUHAN..KITA MANUSIA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI TUHAN LAH YANG TENTUKAN SEGALANYA'....sya berpegang pada kata2 ini..tp sya xkuat untuk terima semua nie..YaALLAH bantu la aku....
Mgkin sblum nie sya x kuat untuk terima kenyataan..tp klu sya pakse seseorang untuk terus syg sya pon xgune kan..sedangkan ati die dah xder pada sya..1st of all biar la sya cite secare detail pe yang sebenarnyer berlaku lately nie.....
Selama 5 thun sya berkawan ngan seorang lelaki yang sya anggap terlalu sempurna dimata sya..die seorang yang baik,hormat orang tua, ade budi bahasa bile bercakap..sume 2 wat kan sya makin rase dekat dengan die..selama 5thn menyulam cinta,terlalu bnyak kenangan yg kami lalui bersama..pahit manis..susah senang sume nye kami tempuh same2..
Betol la kate orang tua2..bercinta lame2 akan mengundang banyak masalah..Ya, skang baru aku akui kebenaran kata2 tue..sebelum nie aku xkuat untuk dgr die melafaz kan kate putus..aku akan jd selemah lemahnye..mungkin ini takdir yang telah DIA tentukan untuk aku lalui...walaupun perit dan pedih untuk aku terima, aku tau aku terpakse juga terima dgn redha..
Ya ALLAH, berikan lah aku kekuatan untuk aku tempuh dugaan yang ENGKAU turun kan..dimana silap dan slah nye aku xtahu..dan aku juga xmahu untuk menyalahkan mana2 pihak..aku tau semua yang terjadi akan ade hikmahnye..aku tau tuhan akan memberikan yang terbaik untuk setiap hambanya..
Ketika semua nie jadi aku tiada tempat untuk aku nak bergantung..selalu nya ape jua maslah yang aku dan sidia hadapi,pada mak la yang aku cerita kan untuk aku ringan kan bebanan...ibu dan ayah ku telah berangkat untuk mengerjakan umrah pada Jumaat yang lepas dan akan pulang pada 12hb June nnt...aku tidak dapat membayang kan ape yang aku lalui ketika ini tanpa orang yang penting dlm hidup ku..
Ibu ku berjnji akan mendoakan kebahagiaan kami ketika berada di Tanah Suci nnt...aku jua mengharap kan yang terbaik untuk hubungan kami...tp apakan daya...segalanye berlaku terlalu pantas..mugkin ini sudah ditetapkan olehNYA..aku redha...
Aku megharapkan sinar baru dlm hidup ku...aku juga kan cuba untuk menjalani hidup baru tanpa sidia disisi..apa yang aku harapkan hanyalah sokongan dari keluarga dan teman untuk aku terus kuat..mungkin sampai disini jodoh kami...biarlah segalanya berakhir disini............='((
yang menghadap blog aiSyaLiciOus at 5/31/2009 07:40:00 pm 9 orang baik hati..
Labels: memorable dayss, sad, stress, tension
Monday, 6 April 2009
:: wHy?? KenApE?? :: (@_@)
Macam nie citenyer..hehe..al-kisah..
yang menghadap blog aiSyaLiciOus at 4/06/2009 06:55:00 pm 3 orang baik hati..
Tuesday, 24 March 2009
:: KeJaDiAn 24hb mArCh ::
Cite nyer camni,pada malam 24hb dan malam2 sebelum nyer sya akan g umah auntie sya....g mengaji..mlm tue plak abg sya antar g umah auntie..so balik ngaji ayan n ma dtg jmpt la...
Sya abis ngaji dlm kol 9.00 mlm..alhamdulillah setiap mlm ngaji dpt la bace 4-6 pages..mlm 2 plak ma n ayah dtg amek lewat..so sya extremely exhausted then tertido..tunggu nyer tunggu x smpai2 gak my mom n dad..dah terlelap baru la ma n ayah smpai..
Then,bgn je titon terus salam auntie salam uncle n my grandma coz nak balik umah..time 2 dlm kol 10lbh la..i tot terus balik umah..tp my dad lapa la plak..so benti makan jap kat 1kedai nie..sya xturun pon..sbb nyer terlalu ngantok..so titon dlm kete jek..gpon kat umah auntie dah makan dah..
X lame pas 2 my dad n mom pon settle makan n we went home...smpai jek umah.....jeng,jeng,jeng......disini la semua nyer bemula......
Bukak jek pintu umah sya pon pelik cket la sbb selame nie if family sya kuar umah xkan penah...never...bukak lampu yang wane kuning kat hall tp mlm 2 lampu 2 terbukak plak..so sya pon tnyer la ma...
"Ma,pesal ma bukak lmpu nie plak?? xpenah2 pon??" Then sya pon jalan la menuju ke bilik...n suddenly smpai jek depan pintu bilik, sya sekali g terkezut sbb nyer lmpu bilik sya terbukak...sya assumed yg mgkin ma lupe nak ttp time nak kuar jmpt sya td..
When i entered my room sya sure akan pandang kat my beloved tabung...skali g sya terkezut sbb my tabung gone!!! tp relax g sbb nyer pk ma yg amek coz nak tukar coins dlm tabung sya 2...actually, mlm b4 tue my mom nak tukar coins ngan sya...sya nyer tabung 2 mmg sya kumpul kan syiling la..ade la dalam 300lebih..
So,g la kuar tnyer ma..."Ma ade amek sya nyer tabung ker??" Then my mom pon shock la sbb sya nyer tabung dah xder...rupa2nyer coins ma untuk berniaga coop pon lesap gak beserta dgn hp ma yg ade dlm beg coins tue...try call no my mom dpt tp x berangkat..sya nyer ipod n camera pon lesap gak..bengang giler....
Lepas check2 rupa2 nyer umah kami dipecah masuk oleh sumbdy...yaALLAH...cuak giler la sbb selame sya dok kat sini mmg xpenah jd benda2 camnie pon kat kawasan umah sya...pas 2 call my bro n decided untuk wat police report...
Malam 2 gak polis dtg siasat..rupa2 nyer die masuk melalui tingkap belakang umah sya...jahat gile la penyamon 2..bengang giler..sya jd takut nak tido ye la mane tau kan ade plak musuh dlm selimut ker...ati org nie mane la kite tau kan..
Ahad nie ma dah suh org pasang alarm kat umah yg bile de penyamun a.k.a org nak wat dajal kat umah sya...alarm terus bunyi n terus smpai ke balai...montly kene bayar rm68 jek..so let say time umah sya kosong n time 2 plak ade org nak pedajal kami sefamily secara otomatik nyer alarm akan bunyi n signal akan terus smpai ke balai polis berhampiran..
Just sya mntak korang doa kan la sya sefamily selamat...amin...
yang menghadap blog aiSyaLiciOus at 3/24/2009 08:59:00 pm 2 orang baik hati..
Sunday, 22 March 2009
:: ape dah jadi nie?? ::
Somebody help me~!! PLEASE.......
yang menghadap blog aiSyaLiciOus at 3/22/2009 08:53:00 am 5 orang baik hati..
Saturday, 27 December 2008
AL-FATIHAH
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ja'afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kesepuluh. Baginda telah diputerakan pada 19 Julai 1922 di bandar diraja Klang, Selangor. Baginda merupakan putera kedua bagi Yang di-Pertuan Agong yang pertama.
Tuanku Ja’afar menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu di Seri Menanti, Kuala Pilah dari 1928 hingga 1933. Memandangkan baginda merupaka pelajar yang bijak dan rajin, Tuanku Ja’afar mendapat tempat di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Ketika tujuh tahun di sana iaitu darI 1933 hingga 1940, baginda menampilkan ketokohan dalam memimpin dan merupakan Ketua Pelajar dari 1939 hingga 1940.
Selepas menamatkan pelajaran di Kolej Melayu, Tuanku Ja’afar memasuki Raffles College di Singapura. Walau bagaimanapun, pembelajaran baginda terganggu akibat tercetusnya World War II. Ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu, baginda berkhidmat sebagai Pejabat Tanah di Seremban dan Pegawai Daerah Rembau dari 1946 hingga 1947.
Tuanku Ja’afar akhirnya dianugerahkan biasiswa untuk belajar di luar negara berikutan kesungguhan baginda untuk meneruskan pengajian. Selepas Perang Dunia II, baginda berlepas ke University of Nottingham, United Kingdom untuk meneruskan pembelajaran dalam bidang undang-undang. Sebagai pelajar, Tuanku Ja’afar diketahui sebagai pelajar yang berdisiplin dan bijak. Baginda menerima Ijazah Undang-undang tanpa banyak masalah. Selepas menerima ijazah pertama baginda memasuki Universiti Oxford (Balliol College) Bagi Sarjana dalam bidang ekonomi. Pada 1951, Tuanku Ja’afar mengambil Sains Politik dan Bahasa Perancis di London School of Economics and Political Science.
Kembalinya baginda dari United Kingdom pada 1952, Tuanku Ja’afar memegang beberapa jawatan termasuklah Penolong Setiausaha Negeri Perak, Penolong Pegawai Daerah Parit,Perak, dan Pegawai Daerah Tampin.
Kerjaya diplomatik baginda bermula Tuanku Ja’afar pada 1957. Baginda mengambil kursus khas bagi perkhidmatan diplomatik di London untuk setahun. Tugasan pertama baginda adalah sebagai Kuasa Usaha di Washington, USA diikuti sebagai Setiausaha Pertama dengan Misi Kekal ke Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, Konsul dan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu di London.
Tuanku Ja’afar kemudian dilantik sebagai Duta Malaysia ke Mesir dan kemudian sebagai Pesuruhjaya Tinggi ke Nigeria and Ghana.
Tuanku Ja’afar turut dipanggil berkhidmat sebagai Duta Malaysia ke Jepun tetapi dipanggil pulang oleh Kerajaan Negeri Sembilan berikutan kemangkatan kekanda baginda, DYMM Tuanku Munawir, pemerintah Negeri Sembilan. Kesemua empat pembesar Undang dan Tuanku Besar Tampin telah memilih Tuanku Ja’afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan untuk menggantikan Tuanku Munawir. Tuanku Ja’afar menaiki takhta sebagai Pemerintah ke-10 Negeri Sembilan pada 18 April 1967.
Tuanku Ja’afar mengahwini Tuanku Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin pada 8 Ogos 1943. Pasangan diraja itu dikurniakan tiga orang putera dan tiga orang puteri.
Ketika baginda berkhidmat sebagai pemerintah Negeri Sembilan, Tuanku Ja’afar menumpukan perhatian kepada masalah rakyat dan pentadbiran negeri. Dalam menangani hal ehwal sosio-ekonomi negeri, baginda mengarahkan perhatiannya kepada sektor industri dan perumahan awam supaya dapat meningkatkan mutu hidup rakyat. Kesannya, beberapa kawasan perumahan telah dibangunkan antaranya ialah Taman Tuanku Ja’afar yang merangkumi kawasan perindustrian dan padang golf, Taman Tuanku Ampuan Najihah di Sungai Gadut dan projek perumahan Mambau.
Tuanku Ja’afar menjadi Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia pada 16 April 1976. Tuanku Ja’afar sering menggesa akar ditingkatkan lagi mutu pendidikan di Malaysia. Baginda dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-Undang oleh beberapa buah universiti seperti Universiti Filipina ( 27 Julai 1990 ), Universiti Nottingham ( 21 Julai 1995 ), Universiti Santiago, Chile ( 28 September 1995) dan Universiti Brunei Darussalam ( 11 September 1996 ).
Tuanku Ja’afar dan keluarga diraja Negeri Sembilan turut dikenali sebagai "Keluarga Diraja Sukan". Baginda dan keluarga baginda meminati sukan kriket, tenis, badminton, skuasy, hoki dan golf di dalam dan luar Malaysia. Anakanda baginda, YTM Tunku Imran merupakan Presiden Skuasy Dunia untuk tujuh tahun.
Sebagai peminat golf, Tuanku Ja’afar merupakan peserta lazim dalam kejohanan golf dalam dan luar negara. Baginda turut menaik taraf padang golf dan kemudahannya terutama di Kelab Golf Antarabangsa Seremban. Tuanku Ja’afar turut menyertai Golf Pro-Amatur Terbuka Malaysia sejak kali pertama diadakan. Baginda turut bersama merasmikan Sukan Komenwel 1998 yang diadakan di Kuala Lumpur ketika baginda memegang tampuk pemerintahan Yang di-Pertuan Agong
Sepanjang memerintah Negeri Sembilan, Tuanku Ja’afar telah memperkenalkan perubahan besar ke atas perkembangan sosio-ekonomi negeri baginda.
Tuanku Ja’afar merupakan Yang di-Pertuan Agong kesepuluh yang memerintah dari 26 April 1994 hingga 25 April 1999.
Baginda mangkat pada 27 Disember 2008 pada usia baginda 86 tahun di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban.
Sama2 la kite berdoa agar Almarhum baginda ditempat kan dikalangan orang2 beriman...amin..Al-Fatihah..
p/s : to all negerian..pls pray for Almarhum Tuanku Baginda...
yang menghadap blog aiSyaLiciOus at 12/27/2008 01:24:00 am 0 orang baik hati..
Labels: memorable dayss, sad
Wednesday, 10 December 2008
Monday, 8 December 2008
~~newborn (^_^) new family member =))
AMMAR DANIBaby Dani dilahirkan tepat jam 11.32 a.m on 5th Dicember 2008 di Hospital Besar Seremban pada Penghulu segala hari, JUMAAT dengan berat 2.9kg..kecik kan..soo cute..Baby Dani anak ke-2 kepada my third brother n his beloved wife ( alang & kak sue )...His 1st was daughter..named DAMIA AMANI..hehe..soo cute gak..tp soo la naughty..smpai kan mama ateh nyer xlarat nak melayan karenah si kecik 2..hehe
But, yg sedih nyer skang nie...yesterday baby Dani kene tahan ward..Camnie citenyer, kelmarin my sis-in-law discharge from hospital then balik to my mom house..mule2 ok jek..xder pape masalah pon..then following days ade perubahan pd urine Dani..cam ade tompokan darah..whole family sya dah worried giler sbb takut anything happend to our newborn baby kan..
So my mom suh la my brother g klinik, g check..then my brother pon g la kat SENAWANG ade specialist clinic for babies n kids..but then alang pon balik n said the clinic was closed...aduss...pity of Dani..so pk punyer pk ade 1 clinic yg we think still open..( forgot the clinic name but still the specialist clinic for babie n kids la kan..) so my brother pon g la..ALHAMDULILLAH, bukak..then dah check2 my brother pon balik..the doc said to them ( my bro n his wife ) yg Dani just got fever..so ok la kan..mmg badan Dani ade panas cket b4 went to the clinic..
Rite after my brother n his wife arrived home, my mom said to them just send Dani to GH..ye la kan..coz Dani still newbies kan..so ape2 better rujuk ke GH kan...so my brother n his wife pon g la GH..smpai je sane, doc checked2 n trus kene tahan ward...Dani kene masuk kan dalam incubator (sya rase incubator kot name alat 2) bawah cahaya biru..i was confused, if Dani jus got fever y should doc put him in incubator?? kan?kan? cian tgk die...dah la xpakai baju pape, just pampers jek..xtau la die panas ke sejuk dlm 2 kan..
Finally, my curiosity answered..rupe2 nyer baby Dani kene DEMAM KUNING a.k.a JAUNDIS..u guyss tau je la , demam kuning nie bahaye untuk babies yg baru lahir..sb deyall nie antibodi still xkuat n not strong enuff untuk bertahan kan...waaaaa =(( i'm soo worried..my bro said, yg demam kuning nyer x kuat sgt sbb baru jek lg..so nasib bek antar cepat kan..klu x xtau la pe jd kan..
Nie sya ade info pasal DEMAM KUNING ::-> ~~ check it out!
Demam kuning - Jaundis Pada Bayi
Penyakit demam kuning di kalangan bayi adalah merupakan perkara biasa pada masa kini. Di anggarkan 60 hingga 70 peratus daripada bayi yang baru lahir mengalami penyakit demam kuning atau yang juga dikenali sebagai jaundis. Penyakit demam kuning atau jaundis merujuk kepada bayi yang mempunyai simptom seperti bahagian putih mata dan kulit yang bewarna kuning-kekuningan. Warna kuning-kekuningan ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila kulit bayi ditekan lembut, ia kelihatan kekuningan. Ujian ini boleh dilakukan pada semua bangsa. Penyakit demam kuning ini lebih kerap berlaku di kalangan bayi pra-matang (tidak cukup bulan) berbanding bayi yang cukup bulan.
Warna kuning ini disebabkan oleh bahan kumuhan (metabolit) yang dinamakan bilirubin dalam darah. Bilirubin merupakan hasil penguraian sel darah merah di dalam darah. Penguraian sel darah merah merupakan proses yang dilakukan oleh tubuh badan manusia apabila sel darah merah telah berusia 120 hari. Hasil penguraian sel darah merah merupakan bilirubin yang diproses oleh hati (hepar) dan disingkir dari badan melalui najis dan air kencing. Ketika bayi berada dalam kandungan, sel darah merah ini akan dikeluarkan melalui uri (placenta) dan diuraikan oleh hati ibu.
Paras bilirubin pada bayi normal boleh meningkat disebabkan oleh sebab-sebab berikut -
- Sel darah bayi mempunyai tempoh hayat yang lebih pendek.
- Lebam pada badan bayi yang disebabkan dalam proses kelahiran menyebabkan banyak sel darah merah rosak dan perlu diganti.
- Bayi pra-matang tidak mempunyai organ yang matang. Hati tidak dapat memproses bilirubin dengan cepat. Usus mungkin tidak berfungsi sepenuhnya, terutama jika mereka sakit dan tidak disusukan.
- Darah ibu dan bayi tidak sesuai. (ABO incompatibility)
- Ibu mengidap kencing manis (maternal diabetes)
- Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran.
- Bayi lelaki Asia mempunyai peratusan demam kuning yang lebih tinggi (kerap).
- Keturunan.
Penyakit demam kuning mula dikesan pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Ia mula kelihatan dari kepala dan turun kebawah. Bayi demam kuning kelihatan kuning pada bahagian muka, diikuti bahagian dada, perut, dan akhirnya dibahagian kaki. Warna kekuningan juga dapat dilihat ada bahagian mata putih bayi. Pemeriksaan bayi untuk penyakit demam kuning patut dibuat dalam cahaya matahari ataupun dibawah lampu panjang putih (fluorescent). Bayi perlu dibawa berjumpa doktor sekiranya demam kuning dikesan. Di hospital atau klinik, paras bilirubin dalam darah boleh diuji melalui contoh darah. Tahap serius ditentukan dengan menimbangkan umur dan faktor perubatan yang lain. Jumlah bilirubin yang kecil atau sederhana tidak merbahaya kepada bayi. Bagaimanapun paras bilirubin yang tinggi dan lama boleh memberi kesan pada pendengaran dan otak bayi. Doktor akan memberikan rawatan yang sesuai agar paras bilirubin tidak mencapai paras merbahaya.
Ibu bapa perlu merujuk kepada doktor dengan segera sekiranya demam kuning dikesan dalam tempoh 24 jam kelahiran, yang membabitkan bahagian tangan dan kaki, atau bayi demam melebihi 37.8 darjah Selsius (100 darjah Fahrenheit), atau bayi kelihatan lemah dan tidak sihat. Bagi bayi bawah 5 tahun, suhu dalam dan luar badan perlu diperiksa. Doktor juga perlu dirujuk sekiranya warna kuning semakin ketara selepas 7 hari, demam kuning masih kekal selepas 15 hari, bayi tidak bertambah berat badan, atau anda merasa bimbang mengenai kekuningan pada kulit bayi.
Bayi yang menghidap demam kuning perlu dipastikan agar tidak mengalami kekeringan (dehydration) akibat pengambilan cecair yang tidak mencukupi. Antara faktor lain yang meningkatkan risiko kekeringan adalah bayi pertama, bayi yang tidak pandai menghisap, puting susu tenggelam (inverted nipples), pembedahan caesarean, penggunaan ubat penahan sakit (analgesics) dan bayi yang tidak matang dengan daya menghisap yang lemah.
Jenis-jenis Demam Kuning
Terdapat beberapa jenis Demam Kuning. Antara yang biasa didapati adalah :-
- Demam kuning normal (physiological jaundice). Demam kuning normal biasa berlaku pada bayi baru lahir. Ini disebabkan bayi yang baru dilahirkan, hati bayi kadang-kala tidak mampu memproses bilirubin dari sel darah merah yang diuraikan disebabkan hati bayi tersebut masih belum matang atau disebabkan kadar penguraian sel darah merah yang cepat. Keadaan ini meningkatkan kadar bilirubin dalam darah dan seterusnya menyebabkan warna kuning-kekuningan pada kulit dan putih mata bayi. Ia mula kelihatan 2 - 4 hari pertama dan akan hilang sepenuhnya selepas 1 hingga 2 minggu.
- Demam kuning pra-matang. Demam kuning pra-matang disebabkan oleh hati bayi yang masih belum terbentuk sepenuhnya mengambil masa yang lebih lama untuk memproses jumlah bilirubin yang terhasil.
- Demam kuning susu ibu (Breast milk jaundice). Demam kuning susu ibu hanya berlaku dalam 1% - 2% kes ibu yang menyusu. Demam kuning susu ibu disebabkan bahan yang terhasil dalam susu ibu yang menghalang penyingkiran bilirubin melalui usus. Ia bermula pada hari ke 4 hingga hari ke 7 dan menghilang selepas 3 hingga 10 minggu. Pihak doktor akan menentukan sekiranya ini berlaku, biasanya sekiranya demam kuning berterusan melebihi 7 hari. Ibu boleh kembali menyusukan bayi selepas bayi sembuh daripada demam kuning.
- Ketidaksuaian kumpulan darah antara ibu dan emak. Sekiranya bayi mempunyai darah yang berbeza dengan ibu, susu ibu mungkin mempunyai antibodi yang memusnahkan darah bayi. Ini akan meningkatkan paras bilirubin dalam darah bayi. Ia biasanya mula dikesan pada hari pertama. Masalah Rh pernah merupakan bentuk demam kuning yang teruk tetapi boleh dielakkan dengan suntikan imunisasi Rh (Rh immune globulin) pada ibu dalam tempuh 72 jam selepas kelahiran. Suntikan ini menghalang penghasilan antibodi yang boleh membahayakan bayi.
- Selain itu terdapat juga komplikasi seperti kekurangan enzim G6PD, jangkitan kuman, bayi pra-matang, dan lain-lain lagi. Secara semula jadi, penyakit demam kuning normal (physiological jaundice) bermula pada penghujung hari kedua atau ketiga selepas bayi dilahirkan. Paras bilirubin dalam darah akan terus meningkat sehingga bayi mencapai umur 5-6 hari sebelum paras bilirubin menurun dan akhirnya menghilang apabila usia bayi mencecah 10 hari.
Pada bayi yang mengalami demam kuning atau jaundis biasa rawatan fototerapi akan diberikan bergantung kepada faktor-faktor seperti umur bayi, berat badan bayi, paras bilirubin dalam darah, dan lain-lain. Rawatan fototerapi menggunakan cahaya lampau ungu (ultraviolet) atau selimut yang menghasilkan cahaya untuk membantu tubuh bayi menghapuskan bilirubin dengan mengubah bilirubin kepada bentuk yang lebih mudah bagi bayi menyingkirkannya daripada tubuhnya.
Tujuan rawatan fototerapi ialah untuk mengawal kenaikan bilirubin agar ia tidak mencapai pada tahap merbahaya dan menjejaskan otak bayi. Jangka masa rawatan fototerapi bergantung kepada paras bilirubin dalam darah bayi. Sekiranya paras bilirubin dalam darah terlalu tinggi, darah bayi mungkin perlu ditukar dengan darah penderma yang bersesuaian (exchange transfusion). Ketika rawatan fototerapi bayi akan ditanggalkan pakaiannya dan mata bayi akan ditutup bagi melindungi mata bayi daripada cahaya yang berlebihan.
Sepanjang masa bayi mendapat rawatan untuk demam kuning, adalah penting bayi diberi susu sebanyak mungkin untuk mengelakkan kekeringan dan juga untuk menurunkan paras bilirubin dalam darah. Lebih kerap bayi menyusu lebih cepat bilirubin dikeluarkan daripada badan bayi melalui najis. Rawatan traditional seperti menjemur bayi dibawah sinar matahari pagi tidak lagi sesuai. Ini disebabkan perbuatan ini boleh menyebabkan bayi kekeringan dan dengan itu meningkatkan lagi kadar bilirubin dalam darah bayi. Selain itu cahaya yang terik boleh memberi kesan kepada mata bayi yang masih kecil itu.
Ibu bapa digalakkan membawa bayi mereka berjumpa doktor sekiranya bayi kelihatan kekuning-kuningan pada hari pertama walaupun hanya pada bahagian muka. Pemeriksaan juga perlu dilakukan sekiranya bayi masih menunjukkan tanda-tanda demam kuning selepas 10 hari dilahirkan atau sekiranya terdapat mereka yang menghadapi G6PD dalam keturunan mereka. Selepas bayi sembuh daripada demam kuning, amat jarang-jarang sekali demam kuning berulang.
yang menghadap blog aiSyaLiciOus at 12/08/2008 07:38:00 am 5 orang baik hati..
Labels: happy, love, memorable dayss, sad




