CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

((our anniversary dear))

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

((my baby)

Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers

Saturday 27 December 2008

AL-FATIHAH


Nie la Istana Seri Menanti..(just ignore me..hehe)

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ja'afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kesepuluh. Baginda telah diputerakan pada 19 Julai 1922 di bandar diraja Klang, Selangor. Baginda merupakan putera kedua bagi Yang di-Pertuan Agong yang pertama.

Tuanku Ja’afar menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu di Seri Menanti, Kuala Pilah dari 1928 hingga 1933. Memandangkan baginda merupaka pelajar yang bijak dan rajin, Tuanku Ja’afar mendapat tempat di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Ketika tujuh tahun di sana iaitu darI 1933 hingga 1940, baginda menampilkan ketokohan dalam memimpin dan merupakan Ketua Pelajar dari 1939 hingga 1940.

Selepas menamatkan pelajaran di Kolej Melayu, Tuanku Ja’afar memasuki Raffles College di Singapura. Walau bagaimanapun, pembelajaran baginda terganggu akibat tercetusnya World War II. Ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu, baginda berkhidmat sebagai Pejabat Tanah di Seremban dan Pegawai Daerah Rembau dari 1946 hingga 1947.

Tuanku Ja’afar akhirnya dianugerahkan biasiswa untuk belajar di luar negara berikutan kesungguhan baginda untuk meneruskan pengajian. Selepas Perang Dunia II, baginda berlepas ke University of Nottingham, United Kingdom untuk meneruskan pembelajaran dalam bidang undang-undang. Sebagai pelajar, Tuanku Ja’afar diketahui sebagai pelajar yang berdisiplin dan bijak. Baginda menerima Ijazah Undang-undang tanpa banyak masalah. Selepas menerima ijazah pertama baginda memasuki Universiti Oxford (Balliol College) Bagi Sarjana dalam bidang ekonomi. Pada 1951, Tuanku Ja’afar mengambil Sains Politik dan Bahasa Perancis di London School of Economics and Political Science.

Kembalinya baginda dari United Kingdom pada 1952, Tuanku Ja’afar memegang beberapa jawatan termasuklah Penolong Setiausaha Negeri Perak, Penolong Pegawai Daerah Parit,Perak, dan Pegawai Daerah Tampin.

Kerjaya diplomatik baginda bermula Tuanku Ja’afar pada 1957. Baginda mengambil kursus khas bagi perkhidmatan diplomatik di London untuk setahun. Tugasan pertama baginda adalah sebagai Kuasa Usaha di Washington, USA diikuti sebagai Setiausaha Pertama dengan Misi Kekal ke Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, Konsul dan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu di London.

Tuanku Ja’afar kemudian dilantik sebagai Duta Malaysia ke Mesir dan kemudian sebagai Pesuruhjaya Tinggi ke Nigeria and Ghana.

Tuanku Ja’afar turut dipanggil berkhidmat sebagai Duta Malaysia ke Jepun tetapi dipanggil pulang oleh Kerajaan Negeri Sembilan berikutan kemangkatan kekanda baginda, DYMM Tuanku Munawir, pemerintah Negeri Sembilan. Kesemua empat pembesar Undang dan Tuanku Besar Tampin telah memilih Tuanku Ja’afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan untuk menggantikan Tuanku Munawir. Tuanku Ja’afar menaiki takhta sebagai Pemerintah ke-10 Negeri Sembilan pada 18 April 1967.

Tuanku Ja’afar mengahwini Tuanku Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin pada 8 Ogos 1943. Pasangan diraja itu dikurniakan tiga orang putera dan tiga orang puteri.

Ketika baginda berkhidmat sebagai pemerintah Negeri Sembilan, Tuanku Ja’afar menumpukan perhatian kepada masalah rakyat dan pentadbiran negeri. Dalam menangani hal ehwal sosio-ekonomi negeri, baginda mengarahkan perhatiannya kepada sektor industri dan perumahan awam supaya dapat meningkatkan mutu hidup rakyat. Kesannya, beberapa kawasan perumahan telah dibangunkan antaranya ialah Taman Tuanku Ja’afar yang merangkumi kawasan perindustrian dan padang golf, Taman Tuanku Ampuan Najihah di Sungai Gadut dan projek perumahan Mambau.

Tuanku Ja’afar menjadi Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia pada 16 April 1976. Tuanku Ja’afar sering menggesa akar ditingkatkan lagi mutu pendidikan di Malaysia. Baginda dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-Undang oleh beberapa buah universiti seperti Universiti Filipina ( 27 Julai 1990 ), Universiti Nottingham ( 21 Julai 1995 ), Universiti Santiago, Chile ( 28 September 1995) dan Universiti Brunei Darussalam ( 11 September 1996 ).

Tuanku Ja’afar dan keluarga diraja Negeri Sembilan turut dikenali sebagai "Keluarga Diraja Sukan". Baginda dan keluarga baginda meminati sukan kriket, tenis, badminton, skuasy, hoki dan golf di dalam dan luar Malaysia. Anakanda baginda, YTM Tunku Imran merupakan Presiden Skuasy Dunia untuk tujuh tahun.

Sebagai peminat golf, Tuanku Ja’afar merupakan peserta lazim dalam kejohanan golf dalam dan luar negara. Baginda turut menaik taraf padang golf dan kemudahannya terutama di Kelab Golf Antarabangsa Seremban. Tuanku Ja’afar turut menyertai Golf Pro-Amatur Terbuka Malaysia sejak kali pertama diadakan. Baginda turut bersama merasmikan Sukan Komenwel 1998 yang diadakan di Kuala Lumpur ketika baginda memegang tampuk pemerintahan Yang di-Pertuan Agong

Sepanjang memerintah Negeri Sembilan, Tuanku Ja’afar telah memperkenalkan perubahan besar ke atas perkembangan sosio-ekonomi negeri baginda.

Tuanku Ja’afar merupakan Yang di-Pertuan Agong kesepuluh yang memerintah dari 26 April 1994 hingga 25 April 1999.

Baginda mangkat pada 27 Disember 2008 pada usia baginda 86 tahun di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban.

Sama2 la kite berdoa agar Almarhum baginda ditempat kan dikalangan orang2 beriman...amin..Al-Fatihah..

p/s : to all negerian..pls pray for Almarhum Tuanku Baginda...

0 orang baik hati..:

((link within))

Related Posts with Thumbnails

Followers